Selasa, Mac 15

seowg GADIS dan seowg TERUNA..

Bila seorang gadis mengetahui lelaki yang amat dicintainya telah mengkhianati cinta sucinya, hati nya amat punah dan hatinya ibarat dirobek hingga pecah. Lelaki yang amat dicintainya tidak pernah ingin mengambil tahu tentang perasaannya. Segala yang dilakukan oleh gadis itu, tidak pernah dilihat dengan hati kecil lelaki tersebut. Gadis itu tidak pernah berasa putus asa, malah setiap hari buntu dan menyeksa akal dan hatinya sendiri. Dia hanya ingin lelaki itu sedar bahawa hubungan mereka bukan hanya atas dasar 'couple' ataupun sebagainya. Dia hanya ingin merasai erti cinta suci sejati yang sebenar. Gadis itu tahu, dia mempunyai risiko yang amat besar apabila mula mengenali lelaki itu kerana dia tahu, lelaki itu bukan lah seorang lelaki yang baik atau lebih tepat lagi, lelaki itu hanya ingin menikmati dunia remaja bersama kawan-kawannya tanpa mempedulikan si gadis itu walaupun mereka kini telah bergelar pasangan kekasih. Janji setia lelaki itu terhadap si gadis, hanya kata-kata.
..................................................................................................................

Dulu, tahun 2010, lelaki itu yang mengejar gadis itu. Meminta nombor telefon daripada kawan-kawannya, sebagai pengganti diri untuk berhubung. Malangnya, gadis tersebut tidak suka melayan insan yang dia tidak kenali. Lelaki tersebut puas menerangkan siapa dirinya. Dia memberitahu nama sebenar, usia nya, tempat tinggal, malah memberitahu gadis itu bahawa mereka belajar di sekolah yang sama. Gadis itu hanya memberitahu, dia kenal semua orang di sekolahnya tidak mengira umur, tetapi, dia tidak mengenali nama lelaki itu dalam tingkatan yang telah diberitahu lelaki tersebut. Gadis itu tidak tahu bahawa, lelaki itu ialah pelajar baru. Hanya lelaki itu sahaja yang pernah melihatnya di sekolah. Langsung, gadis itu tidak mahu melayan lelaki tersebut atas sebab dia tidak mahu melayan  orang yang tidak dikenali.

Pada awal tahun 2011, si gadis itu terlihat si lelaki ini. Hatinya tertancap. Dia menjadi kaget seketika. Baru dia tersedar. Dia suka akan lelaki itu. Hatinya mengatakan, dia ingin mengenali lelaki yang dianggap nya unik itu. Dengan rambut 'mohawk'nya, dengan ke'cool'an nya yang tidak membuat kecoh seperti pelajar lain. Seakan terdapat kemisterian pada lelaki itu. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kebetulan, si lelaki asyik melihat si gadis keluar dari pintu utama sekolah. Dan kemudian semasa perjalanan, si lelaki membawa motor dengan laju dan sengaja ingin melanggar gadis itu. Gadis itu sangat marah dan kemudian amarahnya terbantut apabila melihat lelaki itu, lelaki yang disukainya. Teman baiknya hanya ketawa melihat gelagat sahabatnya yang seperti angau itu. Lantas gadis itu menjerit dengan tidak berapa kuat, dia bertanya kepada sahabat baiknya tentang lelaki itu. Kebetulan, sahabatnya mengenali sahabat lelaki itu. Jadi, dia mempunyai beberapa maklumat tentang si lelaki yang diminati gadis itu. Ada bahagian yang membuat gadis itu senyum dan ada juga bahagian cerita yang membuat gadis itu sedih dan hampa. Tetapi tidak diambil endah, seakan ada sesuatu yang menghasut jiwanya untuk mendapatkan lelaki itu.

Sementelah dia mendapat nombor si lelaki itu, dia terus menghatar pesanan ringkas (SMS) kepada lelaki itu sebagai permulaan perkenalan mereka. Sepanjang 2 hari perkenalan mereka berjalan lancar. Suatu hari, si gadis itu keluar bersama seorang lagi teman rapatnya. Ada sesuatu yang serious telah dibincangkan membuatkan si gadis itu membuat susatu pada 'contact handphone'nya. Beberapa minit kemudian, seseorang telah menelefonnya dan tertera pada skrin tersebut nama lelaki yang pernah mengganggunya sekitar tahun lepas. Dia amat terkejut lalu menjawab panggilan tersebut. Lantas bertanya siapa orangnya. Lelaki itu kaget. Musykil mengapa gadis itu bertanya soalan seperti itu. Lelaki itu memberitahu namanya sambil berkata bahawa adakah gadis itu sedang bergurau? Si gadis menjadi sangat terkejut dan menjerit kecil. Dia mula memahami sesuatu. Lelaki yang pernah mengganggunya dulu adalah lelaki yang sama yang diminatinya sekarang. Dia memarahi lelaki tersebut dan mula menerangkannya kerana kelihatan lelaki itu agak bingung. Lantas lelaki itu ketawa. Sebenarnya nombor itu nombor yang sama. Tetapi apabila si gadis mengubah sesuatu pada 'contact' nya, nama yang tertera bertukar. Dia memberitahu bahawa dia sangat terkejut kerana dia telah pun membuang nombor gadis itu dahulu dan tidak dia menyangka gadis yang diminatinya telah menghubunginya. Mereka sama-sama ketawa. Lucu agaknya. 

Malamnya, tiba lah saat dinantikan. Si lelaki menelefon si gadis itu. Setelah lama mereka berbual rancak, terlintas di hati gadis itu untuk memberitahu tentang perasaannya terhadap lelaki itu. Baginya amat berat untuk diluah. Kerana dia malu. Malu akan dianggap bahawa dia seperti perigi mencari timba. Tetapi hatinya memaksa kuat. Dia tidak ingin lagi memendam. Akhirnya, terluah juga segala perasaannya. Lantas terus gadis itu diam. Sunyi. Lelaki itu berbicara, bahawa, dia juga teramat suka pada si gadis. Si gadis seperti ingin menangis. Apakah tajuk cerita cinta mereka ini? Apakah versi yang sesuai dengan cerita cinta mereka? Akhirnya, si lelaki ingin menjadikan si gadis sebagai teman hidupnya. Si gadis terus menerima.

Sepanjang perhubungan mereka, si lelaki kerap menelefon si gadis dan si gadis juga begitu. 'Message' tidak pernah putus. Sentiasa sahaja mereka berhubung melalui telefon. Kerap juga mereka berjumpa. Lepak di kedai makan bersama kawan-kawannya. Gelak ketawa. Setiap minggu membawa si gadis melihat dunia Kuala Lumpur. Malah, ke sekolah pun si lelaki menghantarnya. Pasangan itu sangat bahagia. Mesra. Gelak ketawa.

Malangnya, kebahagiaan itu hanya sementara. Hanya sebulan. Bulan berikutnya, si lelaki mula berubah. Berubah terlalu drastik. Tidak langsung menghubungi si gadis walau hanya satu panggilan atau satu 'message'. Si gadis menunggu. Tercari-cari. Dia seperti insan yang telah dibenci oleh si lelaki. 3 minggu berlalu. Masih seperti itu. Si lelaki diam. Dia telah mengabaikan si gadis. Tidak mengambil tahu sakit dan susah si gadis. Janji si lelaki untuk membawa si gadis bersiar-siar seolah omong kosong. Tidak lagi menghantar si gadis ke sekolah walaupun ada beberapa hari si gadis jatuh sakit. Secara tiba-tiba, si lelaki menghantar 'message'. Pabila melihat nama insan yang dicintainya tertera pada skrin telefon bimbitnya, dia seolah ingin menjerit. Hidup sepi nya telah diterangi cahaya. Air mata disekanya. Laju membuka pesanan itu. Lantas dia berasa ingin jatuh setelah membaca pesanan itu. Lelaki itu hanya mencarinya hanya kerana ingin meminta pertolongan. Gadis itu sanggup menolong. Demi insan yang paling disayangi, tidak sanggup dia melihat lelaki itu kesusahan. Malah apabila berjumpa, lelaki itu sedang rancak ber'message' bersama gadis lain. Si gadis hanya diam. Sedih agaknya. Tetapi, setelah itu, lelaki itu kembali diam. Tidak menghubunginya. Si gadis teramat menyayangi si lelaki. Dia tahu dia sangat bodoh kerana mengambil risiko besar mengenali lelaki tersebut. Tetapi hatinya keras. Berkepala batu. Degil. Si gadis hampir berputus asa, dia tidak kuat, hampir hilang semangatnya....

_________________________________________________________

Cerita ni adalah cerita benar. Terjadi kat aku.Aku hanya mengarang. Meluahkan. Sebenarnya ada lagi. Tapi aku tapis sikit. Malas nak cerita full story. Dan tengok lah sekarang, aku menangis bila menaip benda ni. Aku tak kuat, sebab lelaki. *mesti mcm pelik kenapa aku tak post kat wall. Sebab aku tknk kecoh. Sapa yang nampak entrie ni, bacalah. Sapa tktahu, tkperlu aku suruh baca. Ni diari yang ditapis. Aku mengarang untuk meluah. Ini yang aku mampu. Aku sengaja buat cerita ni jadi bahasa macam bahasa baku, baru seronok orang baca kan? Sebab aku pun belajar Sastera :) Harap kejadian ni takkan berulang lagi dalam sejarah hidup aku. Aku masih mentah. Perjalanan masih jauh. Taknak sesiapa punahkan hati aku. Ohh siapa-siapa yang rasa nak copy cerita aku ni, pegi lah mampus sebab kau mmg takda idea untuk blog kau, kan? Hmm untuk sahabat sejati aku yang tahu tentang kisah ni, tolong aku kuatkan semangat dan bangun semula untuk jadi shahzieyla yang dulu.


Bye, salam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan