Jumaat, Mac 18

5.45 A.M





napa nasib aku ni malang sangat ha.. hari2 kne tipu ngan dia.. apa dia nk dri aku ha..

Khamis, Mac 17

monkey the loveeee.

Cinta monyet? Siapa monyet? Kerana cinta monyet, mula pegang-pegang tangan, cium cium apa benda semua. Tak rasa lawak ke? Aku sebagai remaja, aku malu jugak dengan tanggapan makcik pakcik yang tengok kita ni bercinta. Mesti diorang cakap, ala diorang ni bercinta bagai nak rak macam bawak kawin pulak. Kau tak rasa malu ke nak dating depan orang tua? Aku sumpah malu, walaupun aku dating.

dia curang ke ??

Napa aku rasa faez tu mcm curang ngan aku haa.. asal fikiran aku sampai mcm ni sekali.. klu dia topup tanpa pengatahuan aku msti aku street tuduh dia mcm2.. asal ngan aku ni.. patut ke aku INTIP dia.. tpi mcm mne erk ?? sedangkan aku kat KL and dia lak kat SEREMBAN.. nk sowh member dia.. boleh harap ke.. aku rasa xyah kot coz aku xnak dia gadoh ngan member2 dia la.. tpi kan org dulu2 selalu ckp sepandai2 tupai melompat akhirnye jatuh ke tanah jua.. so maknanye klu ada bnde yg dia sembunyikan dari aku lambat laut aku thu juga kan... misal kata la kan dia betol2 curang ngan aku apa la pttu aku buat haa... and than klu kita owg dh btol2 ptz kan ..sampai mati aku xkan percaya at JANTAN dah.. klu aku nk cpl ngan jantan lain pon aku xakan percaya at dia 100%..

Rabu, Mac 16

my bz'day..





21.mac ni bz'day aku.. humm.. tahun lepaz bz'day aku.. aku n famly g makan KFC.. member2 aku lak sekor pon x wish kat aku..  pehh time tu perasaan aku hanya ALLAH je yg tahu.. bf aku lak hemm time tu aku ngan dia bergadoh sebab facebook (fb).. dia marah aku sbb aku chit ngan jantan lain.. la nomal la kan.. bila aku pkirkan blik nape dia marah gila at aku.. sbb nye dia SAYANG at aku.. SAYANG la kott.. any way aku dh bahagia ngan dia..tpi.. ex aku stay kacau aku lagi..and faez dh tahu dh bnda ni.. aku dngr citew la kan faez nk bawk bdk2 dia dtg KL and hentam iqbal tu.. humm tu la sbb nye aku xsuka bg tau dia bnda mcm nie..dia tu panas baran la.. but he my boyfriend.. tpy kan kadang2 aku rasa terharu pon ada gak.. hahahahahahaha :D.. any way aku harap sangat la boyfriend yg aku CINTA wish bz'day aku isnin ni 21.mac.2011..amin 

Selasa, Mac 15

Pelengkap Hidupkuuuu :p

Pelengkap Hidupkuuu :))


Eren Ft Romi - Pelengkap Hidupkuu

aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang yang tak ditemani malam
melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
yang membuat aku tak ingin pergi darimu

teringat janji lamamu kepadaku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
temani ku sepanjang hari,


bila kau pergi jauh ingatlah aku

bila ku di sampingmu peluk tubuhku

bila kau rindu aku panggil namaku

ku datang menemuimu,


peluk erat jasadku jangan lepaskan

tetaplah kau di sini arungi malam

kerna hanya dirimu belahan jiwa

pelengkap ku di dunia.

iloveyousomuch.. Muwwwwhh

Hallo u guyz ! you know what i really really really love him so much . budakk niy  comel , handsome la plak tuh . ermmm ~
eh puji bf sndri plak . HAHA ! pape pon akw ttap syangg tard kow doe . eh2 lpe plak na bg tao , nme budakk yunx akw sayangg uh M.FAEZ BIN SAIFUL , pgglan BIE,PAPA,KAU,SAYANG (only me) . u all ley FAEZ  jer . ermmmm ~
KAU tu time kita owg gaduh.. SAYANG time ego kita owg xde..PAPA AND BIE lak xtentu kdang2 call PAPA kdang2 call BIE

wei ? korang tahuu kan aku sayangg dia ? so if da tahuu PLEASE aku merayu tat korang jgn AMIK dia dari aku bole ?
so simple kan ? hmm ~
korang nak tahuu taa FAEZ  niy baek , bertanggungjawab , PEMALU , sporting , carring and everything goods are in their life :) so , susah dohh nak dapat budak mcm dia !
if korang nak budak baek cm dia , CARI SENDIRI lhh yer :) JANGAN AMIK AKU PUNYE okay ? HAHA !
last...aku nak korang tahuu yang aku taa akn tinggal kn dia ! aku taa akn cari yg laen dohh ! SUMPAH :)
WARNING ! sape yang RAMPAS dia , sila BERHADAPAN dengan aku ya :)

PERSONALITY budak niy :)
dia niy knkn suka buad LAWAK dohh ,kadang2 nk pecah perut aku KETAWA sampai nk mati :P
budak niy kalu maen bola..ish , HEBAT la kott coz aku pon xpnh usha dia main bola lagi ! bese lh kn BUDAK PRO !
budak niy carring sial psl aku :) SWEET bhaii <3
hmm~ kalu bab DATING DATING niy malu skit lh kn..yela xpenah jumpa kott bese lh tu :)
dia niy nk kate kn MAJU , MAJU lh gak , STYLO lh jugaa (bole laa)
dia niy alim dohh , kadang2 NOTTY smpai nk mati :P
but dia mmg SPORTING ohh , TERBAEK :)
thats why aku SAYANG dia until i die n_n
so , niy je lh yg dpt aku story story tat korang :)
if ade mase , aku bg tahuu ya <3 ape yg penting ILOVEHIMOMUCH !!

iEyLlA_fAeZ, 

macam siput je..

Kesian kan orang yang kena Tsunami tu. Mungkin Tuhan nak tunjuk. Allah Maha Besar.
Facebook lembab? Mungkin kah khabar angin yang mengatakan Fb akan ditutup pada 15 Mac tu betul sebab tu lah lembab gila? Tapi sekarang 15 Mac, dan sangat laju aku ber-Fb. Muahahah.
ATAU
Line menjadi sangat lembab sebab Tsunami telah berlaku disesetengah negara. Tapi.. apa kena mengena Fb dgn Jepun? Bukan Jepun jd pengasas Fb ni. Diorg buat nuklear je. Lagi? Thailand? Diorg buat barang je. Lagi? Indonesia? Tu pun sama je. Pengasas dia Mark Zuckerberg from Israel. Haaa jauh sgt dah tu kan?
JADI, KENAPA FB LEMBAB? SEDANGKAN WEB LAIN OKAY JE.
Ohh ada sesetengah orang broadband diorg sangat lambat, so semua web diorang bukak mmg siput :)

seowg GADIS dan seowg TERUNA..

Bila seorang gadis mengetahui lelaki yang amat dicintainya telah mengkhianati cinta sucinya, hati nya amat punah dan hatinya ibarat dirobek hingga pecah. Lelaki yang amat dicintainya tidak pernah ingin mengambil tahu tentang perasaannya. Segala yang dilakukan oleh gadis itu, tidak pernah dilihat dengan hati kecil lelaki tersebut. Gadis itu tidak pernah berasa putus asa, malah setiap hari buntu dan menyeksa akal dan hatinya sendiri. Dia hanya ingin lelaki itu sedar bahawa hubungan mereka bukan hanya atas dasar 'couple' ataupun sebagainya. Dia hanya ingin merasai erti cinta suci sejati yang sebenar. Gadis itu tahu, dia mempunyai risiko yang amat besar apabila mula mengenali lelaki itu kerana dia tahu, lelaki itu bukan lah seorang lelaki yang baik atau lebih tepat lagi, lelaki itu hanya ingin menikmati dunia remaja bersama kawan-kawannya tanpa mempedulikan si gadis itu walaupun mereka kini telah bergelar pasangan kekasih. Janji setia lelaki itu terhadap si gadis, hanya kata-kata.
..................................................................................................................

Dulu, tahun 2010, lelaki itu yang mengejar gadis itu. Meminta nombor telefon daripada kawan-kawannya, sebagai pengganti diri untuk berhubung. Malangnya, gadis tersebut tidak suka melayan insan yang dia tidak kenali. Lelaki tersebut puas menerangkan siapa dirinya. Dia memberitahu nama sebenar, usia nya, tempat tinggal, malah memberitahu gadis itu bahawa mereka belajar di sekolah yang sama. Gadis itu hanya memberitahu, dia kenal semua orang di sekolahnya tidak mengira umur, tetapi, dia tidak mengenali nama lelaki itu dalam tingkatan yang telah diberitahu lelaki tersebut. Gadis itu tidak tahu bahawa, lelaki itu ialah pelajar baru. Hanya lelaki itu sahaja yang pernah melihatnya di sekolah. Langsung, gadis itu tidak mahu melayan lelaki tersebut atas sebab dia tidak mahu melayan  orang yang tidak dikenali.

Pada awal tahun 2011, si gadis itu terlihat si lelaki ini. Hatinya tertancap. Dia menjadi kaget seketika. Baru dia tersedar. Dia suka akan lelaki itu. Hatinya mengatakan, dia ingin mengenali lelaki yang dianggap nya unik itu. Dengan rambut 'mohawk'nya, dengan ke'cool'an nya yang tidak membuat kecoh seperti pelajar lain. Seakan terdapat kemisterian pada lelaki itu. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kebetulan, si lelaki asyik melihat si gadis keluar dari pintu utama sekolah. Dan kemudian semasa perjalanan, si lelaki membawa motor dengan laju dan sengaja ingin melanggar gadis itu. Gadis itu sangat marah dan kemudian amarahnya terbantut apabila melihat lelaki itu, lelaki yang disukainya. Teman baiknya hanya ketawa melihat gelagat sahabatnya yang seperti angau itu. Lantas gadis itu menjerit dengan tidak berapa kuat, dia bertanya kepada sahabat baiknya tentang lelaki itu. Kebetulan, sahabatnya mengenali sahabat lelaki itu. Jadi, dia mempunyai beberapa maklumat tentang si lelaki yang diminati gadis itu. Ada bahagian yang membuat gadis itu senyum dan ada juga bahagian cerita yang membuat gadis itu sedih dan hampa. Tetapi tidak diambil endah, seakan ada sesuatu yang menghasut jiwanya untuk mendapatkan lelaki itu.

Sementelah dia mendapat nombor si lelaki itu, dia terus menghatar pesanan ringkas (SMS) kepada lelaki itu sebagai permulaan perkenalan mereka. Sepanjang 2 hari perkenalan mereka berjalan lancar. Suatu hari, si gadis itu keluar bersama seorang lagi teman rapatnya. Ada sesuatu yang serious telah dibincangkan membuatkan si gadis itu membuat susatu pada 'contact handphone'nya. Beberapa minit kemudian, seseorang telah menelefonnya dan tertera pada skrin tersebut nama lelaki yang pernah mengganggunya sekitar tahun lepas. Dia amat terkejut lalu menjawab panggilan tersebut. Lantas bertanya siapa orangnya. Lelaki itu kaget. Musykil mengapa gadis itu bertanya soalan seperti itu. Lelaki itu memberitahu namanya sambil berkata bahawa adakah gadis itu sedang bergurau? Si gadis menjadi sangat terkejut dan menjerit kecil. Dia mula memahami sesuatu. Lelaki yang pernah mengganggunya dulu adalah lelaki yang sama yang diminatinya sekarang. Dia memarahi lelaki tersebut dan mula menerangkannya kerana kelihatan lelaki itu agak bingung. Lantas lelaki itu ketawa. Sebenarnya nombor itu nombor yang sama. Tetapi apabila si gadis mengubah sesuatu pada 'contact' nya, nama yang tertera bertukar. Dia memberitahu bahawa dia sangat terkejut kerana dia telah pun membuang nombor gadis itu dahulu dan tidak dia menyangka gadis yang diminatinya telah menghubunginya. Mereka sama-sama ketawa. Lucu agaknya. 

Malamnya, tiba lah saat dinantikan. Si lelaki menelefon si gadis itu. Setelah lama mereka berbual rancak, terlintas di hati gadis itu untuk memberitahu tentang perasaannya terhadap lelaki itu. Baginya amat berat untuk diluah. Kerana dia malu. Malu akan dianggap bahawa dia seperti perigi mencari timba. Tetapi hatinya memaksa kuat. Dia tidak ingin lagi memendam. Akhirnya, terluah juga segala perasaannya. Lantas terus gadis itu diam. Sunyi. Lelaki itu berbicara, bahawa, dia juga teramat suka pada si gadis. Si gadis seperti ingin menangis. Apakah tajuk cerita cinta mereka ini? Apakah versi yang sesuai dengan cerita cinta mereka? Akhirnya, si lelaki ingin menjadikan si gadis sebagai teman hidupnya. Si gadis terus menerima.

Sepanjang perhubungan mereka, si lelaki kerap menelefon si gadis dan si gadis juga begitu. 'Message' tidak pernah putus. Sentiasa sahaja mereka berhubung melalui telefon. Kerap juga mereka berjumpa. Lepak di kedai makan bersama kawan-kawannya. Gelak ketawa. Setiap minggu membawa si gadis melihat dunia Kuala Lumpur. Malah, ke sekolah pun si lelaki menghantarnya. Pasangan itu sangat bahagia. Mesra. Gelak ketawa.

Malangnya, kebahagiaan itu hanya sementara. Hanya sebulan. Bulan berikutnya, si lelaki mula berubah. Berubah terlalu drastik. Tidak langsung menghubungi si gadis walau hanya satu panggilan atau satu 'message'. Si gadis menunggu. Tercari-cari. Dia seperti insan yang telah dibenci oleh si lelaki. 3 minggu berlalu. Masih seperti itu. Si lelaki diam. Dia telah mengabaikan si gadis. Tidak mengambil tahu sakit dan susah si gadis. Janji si lelaki untuk membawa si gadis bersiar-siar seolah omong kosong. Tidak lagi menghantar si gadis ke sekolah walaupun ada beberapa hari si gadis jatuh sakit. Secara tiba-tiba, si lelaki menghantar 'message'. Pabila melihat nama insan yang dicintainya tertera pada skrin telefon bimbitnya, dia seolah ingin menjerit. Hidup sepi nya telah diterangi cahaya. Air mata disekanya. Laju membuka pesanan itu. Lantas dia berasa ingin jatuh setelah membaca pesanan itu. Lelaki itu hanya mencarinya hanya kerana ingin meminta pertolongan. Gadis itu sanggup menolong. Demi insan yang paling disayangi, tidak sanggup dia melihat lelaki itu kesusahan. Malah apabila berjumpa, lelaki itu sedang rancak ber'message' bersama gadis lain. Si gadis hanya diam. Sedih agaknya. Tetapi, setelah itu, lelaki itu kembali diam. Tidak menghubunginya. Si gadis teramat menyayangi si lelaki. Dia tahu dia sangat bodoh kerana mengambil risiko besar mengenali lelaki tersebut. Tetapi hatinya keras. Berkepala batu. Degil. Si gadis hampir berputus asa, dia tidak kuat, hampir hilang semangatnya....

_________________________________________________________

Cerita ni adalah cerita benar. Terjadi kat aku.Aku hanya mengarang. Meluahkan. Sebenarnya ada lagi. Tapi aku tapis sikit. Malas nak cerita full story. Dan tengok lah sekarang, aku menangis bila menaip benda ni. Aku tak kuat, sebab lelaki. *mesti mcm pelik kenapa aku tak post kat wall. Sebab aku tknk kecoh. Sapa yang nampak entrie ni, bacalah. Sapa tktahu, tkperlu aku suruh baca. Ni diari yang ditapis. Aku mengarang untuk meluah. Ini yang aku mampu. Aku sengaja buat cerita ni jadi bahasa macam bahasa baku, baru seronok orang baca kan? Sebab aku pun belajar Sastera :) Harap kejadian ni takkan berulang lagi dalam sejarah hidup aku. Aku masih mentah. Perjalanan masih jauh. Taknak sesiapa punahkan hati aku. Ohh siapa-siapa yang rasa nak copy cerita aku ni, pegi lah mampus sebab kau mmg takda idea untuk blog kau, kan? Hmm untuk sahabat sejati aku yang tahu tentang kisah ni, tolong aku kuatkan semangat dan bangun semula untuk jadi shahzieyla yang dulu.


Bye, salam.




Sabtu, Mac 12

why ??

Why he not answer my calling.. apa salah aku haa ?? semalam ok je dia tpi hri ni asal dia buat perangai haa.. penat la mcm nie..hummmm.. nasib..nasib..dh brape bnyk dh misscall at phone dia tu..and berape bnyk lak msg aku at phone dia.. sayang pleaz angkat phone.. owg merayu sangat2 ni..

Jumaat, Mac 11

mood: slepping haaaaa. (*-^)

 ok la kowg aku nk tidow dulu la..coz mlm tdi aku xtdow pon.. 
ok la klu aku ada story..aku story ok.. ok bye..
i want go to sleep good bye kowg..
muwh love kowg.

Handphone !!

 ni handphone nokia 5200.. aku pakai phone ni bru 6 bulan.. aku bli tahun lepas..
aku sayang gila phone ni.. phone ni ada kenangan manis aku ngan faez.time kita owg gdoh,
time kita owg happy.. tu sbb aku syang at phone ni.. lagi satu sbb apa aku sayang at phone ni
sbb nye klu jatuh mcm mne kuat nye pon xrosak.. tu aku suka tu.. hahaha :D..
phone ni tahan lasak dia pon mcm manusia juga.

aku nk phone ni.. dh lame dh aku nk.. famli aku yg pakai phone ni ayah aku.. aku suka phone coz
ble nk msg senang gila, cermin dia besar. ble on fb dlm ni kira puas haty la kan.. aku harap ada la kan yang sudi ble kan aku phone ni.. amin..

Beg kesukaan ku (:


aku sukakan beg ni..beg ni sesuai g raya ke open house ke..
warna beg: hitam,kelabu,crem,putih..
aku suka tali panjang
semua beg aku suka tali panjang aku xmint la tali pndk2 ni..
aku nk beg ni.. raya tahun ni aku nk sowh ibu bli kan la.
hahahaha :D

beg ni sesuai g skolah time ada exam tpy xnk la warna merah.
nmpk over sangat klu aku nk warna gelap2 xkisah la warna apa asal kan warna
GELAP..tpi aku xsuka warna KUNING paling aku benci WARNA KUNING.. 
eeee geli aku..sakai je

beg ni aku dh ada dah..aku bli raya tahun lepas
aku bwk g raya,jalan2,macam2 la.
beg ni popular tahun lepas tahun 2010
tahun 2011 aku xtahu la beg apa ??

ni  la cerita aku "BEG KESUKAAN KU"ok x tajuk tu??. humm aku nk beg yg mula2 tdi smart la beg tu ..aku ni jenis yang cerewet sikit pasal beg,baju, makanan..aku ni klu makanan aku xsuka aku xmakan la..makan la bnde lain kan.. :D tpi aku tau raya tahun ni aku dh ada dh beg tu..nk sowh faez bli kan malu nk mintx.. lagi pon dia dh bli kan aku jam dh.. xkan la xcukup2 lagi kot..any way aku mesti dpt kan beg tu.. hahahaah :D kelaka la ayat aku ni..

no tittle..

Hari ni ex aku nk jmpa aku.. aku pon xtau la sbb apa dia nk jmpa ?? faez ckp klu nk kelua ke apa ke kne bg tau dia.. tpi.. rasa mcm xnk bg tau je..bila d pikir kan balik klu aku xbg tau dia mampoz aku kne ngan dia.. so kne la bg tau dia walau apa pon belaku.. apa aku nk buat ni haa.. adoi pening kepala otak aku.. patut ke aku jmpa dia haa.. ex aku ckp "eyla pleaz aku nk jmpa gila kau ni antara idop and mati" rasa xsamapi aty pon ada .. yang aku tngh pikirkan ni.. NAK JUMPA ATAU X ?? antara dua je "YES" or "NO".. nty la aku bg tau dia.. harap2 dia xkesah..

sambungan.. kebosanan melanda.


ni la hasilnye .. hahaha
 sayang bila sayang bace blog ni..jangan mara au.. just kidding (:

kebosanan melanda !!! hahaha

Mlm ni aku xtau npe ssh sangat aku nk tdow !! ibu,ayah,adk dh d buai mimpi yg indah dah.. tpi aku sbuk layan blog ni.. hummm.. nk buat apa erk aku pon xtau dh mcm2 bnde da aku buat semua xmenjadi.. umm.. nape ssh sangt nk lelapkan mata ni haa.. KEBOSANAN MELANDA !! hahahaaha lawaknye tajuk aku..ok la kan dri pda aku buat bnde xsenonoh baik aku edit gmba jp erk




15 mint kemudian

Sabtu, Mac 5

Perpisahan buat selama-lamanya..

Dengan ini saya shahzieyla bte mohammad shamsuddin dan muhd faez bin saiful telah tiada apa2 lagi hubungan.. pada pukul 3.36 pm dan bertarih 6.mac.2011.. sekian terima kasih..

kecewa buat kali ke ???

Nape dia buat aku mcm ni ha.. apa dia nk dri aku ni.. nape dia suka permainkan perasaan aku haa..btul ke dia nk balaz dendam at aku ?? aku xsangka dia sanggup buat aku mcm ni !! apa dosa aku smpai dia buat aku mcm ni ?? nape tiap kali aku open fb aku msti ada owg ckp tentang dia.. nape aku ssh sangat nk lupa kan dia haa?? apa dia buat at aku sampai aku tergila-gila kan dia.. humm... aku rasa la kan ni balasan Allah terhadap aku la..sbb aku buat at ex cpal aku yg lain mcm ni.. so now aku dh dpt dh balasaan.. :'(